Kursus Advance Facebook Advertising (FB ADS) Meletop Kali ke-20
9 September 2018 | Aktiviti TerkiniKursus Facebook Advertising FB ADS berkesan ini telah Berjaya dilaksanakan di FAMA Lundang, Kota Bharu merupakan program kerjasama Pusat Internet Kesedar Jeram Tekoh dengan ILHAMIC ACADEMY.
Justeru itu, Pusat Internet Kesedar Jeram Tekoh terpanggil untuk melaksanakan kursus ini telah berjalan dengan lancar dan jayanya. Dengan penyertaan seramai 16 orang peserta terdiri dari usahawan sekitar negeri Kelantan yang berlangsung selama dua (2) hari dengan pelbagai modul.
Kelas pada kali ini turut dihadiri oleh warga asing/ ‘foreigner’ yang telah lama menetap di Negeri Kelantan. Beliau menjalankan bisnes dropship menjual pelbagai pakaian kanak-kanak dan dewasa secara online.
Tenaga pengajar ialah Mohd Ilham berpengalaman dalam pemasaran e-dagang selama lebih 10 tahun. Beliau merupakan penulis ebook “Rahsia Bina Produk Jenama Sendiri” dan anak didik Irfan Khairi Jutawan Internet Malaysia.
Antara modul yang diberi tunjuk ajar ialah pengenalan dalam FB Ads, membina ayat copywriting menarik, cara post berkesan, praktikal menghasilkan iklan berbayar FB Ads yang Berjaya, tips closing jualan dan banyak lagi modul lain.
Seterusnya, bertujuan memantapkan kemahiran pemasaran berkesan di internet kepada pembangunan usahawan yang berjaya. Terima kasih kepada semua peserta yang telah hadir dan kerjasama yang diberikan oleh pihak terbabit dalam menjayakan kursus ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: